Rabu, 29 Januari 2014

Durian Crepe

Hari ni sy nk share cara buat durian crepe..haha..dah berzaman org buat,baru sy nk buat kn?ni gara2 en abg sy mngidam nk makan la ni..sminggu kami keluar cari area kota kinabalu ni,mmg xde..dh fedup mncari,terdetik nk search google tgok resepi DC ni..xsangka pulak bahan2 dan cara nk buat DC ni xsusah mne pn..ape lg,sy ajak en abg g giant,bli bahan2..ambik nak,durian yg dh siap dijual dlm bekas polistrin tu rm20..ada dlm 6 ulas kot,tu pn isi nipis sgt,biji sbesar ibu jari je..ptot la org kt cni xbuat DC ni..ala,xkisah la kn,jnji en abg dpt mkn..sampai rumah,lpas tidokn arissa,trus msuk dpur buat DC ni..

Ok,trus kpd bahan2 dan cara nk buat DC ni la ye..hihi

Bahan-bahan- Adunan Crepes:

3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar rata tepung kastard
2 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
1 biji telur-di kacau lembut
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
50 ml susu cair
1 sudu besar buttercup
Pewarna kuning telur







Cara-cara:

Ayak tepung gandum,tepung ubi,tepung jagung dan tepung kastard..masukkan gula halus dan kacau. Kemudian masukkan susu cair dan buttercup yg dh dicairkan..kmudian msukkan air dan telur yg dh dikacau lembut..seterusnya msukkan asen vanila dan pewarna..kacau sebati kemudian tapis..Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan butter menggunakan tisu dapur.
Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Jangan diusik atau diterbalikkan. bila bahagian atas kering,hanya terus terbalikkan ke pinggan.
Ulangi membuat crepe hingga habis.
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu.tp sy ltak dlm pinggan asing2..tu pn pkai pinggan kertas je sbb mls nk cuci..haha

Bahan utk Inti:

-1 cawan non dairy cream
-isi durian fresh secukupnya

Caranya:
Ambil 1 cwn/ 150ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.setelah semua crepe dah siap,keluarkan non whiping cream yg telah dipukul kental td.

Cara Penyediaan:

-Kepingan crepe secukupnya
-Non dairy whip cream- yg telah di puklu kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
-Isi durian fresh secukupnya
1)Letakkan sekeping crepe (permukaan kasar harus la diatas..yg licin kat bawah)
2)Letakkan non dairay whip cream di atasnya
3)Kemudian letakkan isi durian yg telah dihancurkan(dlm stgah sudu je)
4)Tutup kembali denga non dairy whip cream
5)Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
Buat sehingga habis.
6)Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin.

Siap..senang kn??

2 ulasan:

  1. wah nampak macam sedap ni.. terliur pulak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sis..boleh cuba buat..sy skrg siap buat jual lg..shari 100 pcs mmg hbis..

      Padam